Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PERMOHONAN ONLINE TELAH DITUTUP

TERIMA KASIH KERANA MEMILIH

SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN

Pengenalan Sekolah

  • PDF

 

Alamat Sekolah :

Sekolah Rendah Ibn Khaldun,
Lot 4012 Lorong Haji Said
Kg Batu 7 Jalan Kebun Seksyen 30 ,
40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.3
No Tel : +603 5161 6903   No Fax: +603 5162 3963

Memandangkan anak-anak adalah amanah Allah SWT.Maka pendidikan yang sempurna amatlah mustahak bagi  menentukan baik buruk masa depan keluarga dan masyarakat.

Menyedari akan kepentingan ini, maka Pertubuhan Perhimpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) mengambil inisiatif menubuhkan Sekolah Rendah Ibn Khaldun yang bertujuan untuk menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ajaran Islam secara formal.

Pada awal penubuhannya,Sekolah Rendah Ibn Khaldun beroperasi di Taman Jasa Gombak Selangor Darul Ehsan(1990) dan berpindah di Lot 4012 Lorong Haji Said Kg Batu 7 Seksyen 30, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (1992) dan beoperasi sehingga kini.Insya Allah.

Sekolah Rendah Ibn Khaldun berdaftar secara rasmi dengan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)dan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM).Oleh yang demikian Sekolah Rendah Ibn Khaldun mengguna pakai kurikulum JAIS dan KPM serta beroleh kebenaran sebagai PUSAT PEPERIKSAAN BERDAFTAR bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor (PSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah yang berteraskan INTEGRASI SWASTA ini beroperasi mengikut jadual persekolahan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 3.45 petang sepanjang hari Isnin hingga Khamis dan berakhir jam 4.00 petang pada hari Jumaat.

Sebarang pertanyaan sila majukan ke email sekolah di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Senarai Sijil-Sijil Akuan Sekolah:

SIJIL PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR  

SIJIL PERAKAUAN PENDAFTARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

WATIKAH PELANTIKAN PUSAT PEPERIKSAAN


ANUGERAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SKIPS )

 

 

Last Updated on Tuesday, 01 May 2012 11:34