Â
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Oleh itu, Sekolah Rendah Ibn Khaldun tidak terkecuali dalam menyambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru - guru di sekolah kami.
Sesungguhnya, jasa guru - guru tidak ternilai kerana merekalah kita dapat berjaya dalam hidup kita.
Pada tahun ini ,Sambutan Hari Guru Sekolah Rendah ibn Khaldun akan dilaksanakan secara tertutup iaitu hanya guru - guru dan para pelajar sahaja.
Tema Hari Guru pada tahun ini GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI, 1 AGENDA
yang membawa maksud setiap guru mempunyai 1 aspirasi untuk melihat anak bangsa berjaya dalam melaksanakan agenda negara.
Akhirul kalam,
marilah kita menghayati pantun di bawah ini :-
Â






















