Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai 2012 bermula dari tingkatan 1. PBS ini akan berterusan hingga ketingkatan 3, dan program ini adalah sebagai ganti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2014.
Sehubungan dengan itu, tiada peperiksaan dalaman akademik bagi tingkatan satu samada peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun.
Untuk subjek agama atau diniah berjalan seperti biasa, peperiksaan berjalan mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak sekolah, dan ujian ini menentukan prestasi untuk kenaikan kelas yang lebih baik.













