TEMASYA SUKAN SMIK 2017 : PLATFORM PELAJAR BERSUKAN SECARA SIHAT

 

SHAH ALAM, 12 Februari 2017 – Berkat kerjasama semua guru dan kakitangan Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK), Temasya Sukan SMIK 2017 berjaya dilaksanakan dengan lancar, meriah dan gilang-gemilang. Temasya Sukan ini dilihat sebagai satu platform untuk bersukan dan bertanding secara sihat dalam kalangan pelajar serta menerapkan budaya hidup aktif dan sihat.

Sebelum tiba pada hari kemuncaknya iaitu pada hari Ahad 12 Februari 2017, latihan sukan telah dilaksanakan selama seminggu di sekolah.Beberapa acara juga telah dilaksanakan antaranya pertandingan merentas desa dan futsal.

DSC 0604                        Taklimat dan Latihan diberikan oleh guru bertugasIMG 6083

Hari kemuncak Temasya Sukan SMIK 2017 telah diadakan di Stadium Panasonic Seksyen 21 Shah Alam. Para pelajar dan guru mula berkumpul pada pukul 7.30 pagi di stadium. Kebanyakan pelajar tiba awal kerana sangat bersemangat bagi menyertai Temasya Sukan pada tahun ini. Acara pertama dimulakan dengan pertandingan perbarisan bagi setiap rumah sukan dan diadili oleh VIP yang hadir. Terdapat 4 rumah sukan pelajar putera iaitu Muhallab (Hijau), Toriq Ziad (Merah), Al-Fateh (Biru) dan Abd Rahman Auf (Kuning). Manakala 4 rumah sukan pelajar puteri ialah Nusaibah (Hijau), Zinnirah (merah), Khansa’ (Biru) dan Sumayyah (Kuning).

 

DSC 0632 Persediaan Perbarisan Hormat Masuk Oleh PesertaDSC 0667

DSC 0633

 DSC1721

Apabila tamatnya pertandingan perbarisan, para pelajar putera dan puteri memulakan acara masing-masing. Pertandingan yang berlangsung sangat meriah dan sorakan setiap rumah sukan bergema di segenap ruang stadium. Antara acara yang dipertandingkan bagi pelajar putera ialah lari jarak dekat 100 meter, lari berganti 4 x 100 meter, lari berpagar 100 dan 200 meter, lontar peluru, lempar cakera, futsal, tarik tali, merentas desa dan pelbagai lagi acara balapan. Manakala acara bagi pelajar puteri ialah bola jaring, bola baling, badminton perseorangan dan beregu, merentas desa serta sukaneka (gelung menari, couple run, XOX dan bola perang).

 IMG 4161 Acara saringan PuteraIMG 4233 Bola baling puteriIMG 4170 Petugas yan setia walaupun berpanas 

Akhirnya, tibalah acara yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar iaitu acara penyampaian hadiah. Johan keseluruhan bagi Temasya Sukan pada tahun ini dijuarai oleh rumah Muhallab (Hijau) bagi pelajar putera manakala rumah Khansa’ (Biru) bagi pelajar puteri. Perbarisan terbaik dirangkul oleh Muhallab (Hijau) dan Zinnirah (Merah). Manakala atlet terbaik bagi pelajar putera dan puteri masing-masing dirangkul oleh Muhammad Muammar b Mohd Saibani (rumah Muhallab) dan Nik Nurul Hanis bt Nik Muhd Kamil (rumah Zinnirah).

DSC 0795 DSC 0818 KHANSA  JUARA (PUTERI)

DSC06045 MUHALLAB JUARA (PUTRA)

Sekalung tahniah kepada semua peserta yang telah menjuarai setiap acara yang dipertandingkan. Ucapan penghargaan khusus kepada pihak Lembaga Pengelola SMIK, pengetua SMIK, guru dan kakitangan, ibu bapa, Ikatan Lepasan Ibn Khaldun (ILIK) dan para pelajar yang hadir menyumbangkan tenaga, sokongan, masa dan sebagainya bagi menjayakan Temasya Sukan SMIK pada tahun 2017. Semoga Allah swt mengganjari pengorbanan kalian dengan sebesar-besar ganjaran dunia dan akhirat.

Lagi gambar-gambar menarik sekitar Temasya Sukan 2017 : https://www.facebook.com/pg/Sekolah-Menengah-Ibn-Khaldun-286134791422818/photos/?tab=album&album_id=1256794481023506

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

SEKOLAH REN & MEN IBN KHALDUN

LOT 4012 LORONG HAJI SAID

JALAN KEBUN, SEKSYEN 30

40460 SHAH ALAM SELANGOR D.E

Tel: 03-5161 6903 ( R ) 03-51623972 (M)

Email : sekibnkhaldun@yahoo.com (R)

Email: smibnkhaldun@yahoo.com (M)

Visitor

Today3
Yesterday99
This week363
This month1767
Total75869

Friday, 21 July 2017 00:43