Sekolah Rendah Ibn Khaldun , 13 Februari 2017.Pelancaran Program Tahunan Nilam telah dirasmikan dengan penuh gemilang oleh Puan Guru Besar Pn Nursarah Binti Abdul Rashid di Perhimpunan Rasmi Sekolah.Bertemakan Amalan Membaca Menjana Minda Bestari yang menjadi tema pada tahun ini diharapkan akan mendapat penyertaan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

 

nilam 2

Program tahunan tersebut merupakan suatu aktiviti tahunan bagi menarik minat pelajar menjadikan buku sebagai teman walau dimana berada.Menurut Pengarah Program Pn Zakiah binti Ismail , penyertaan pada tahun ini kini melibatkan semua pelajar dan bahan bacaaan juga akan dipertingkatkan dari segi mutu dan kuantiti.Ibu bapa atau waris yang berminat untuk menyumbangkan bahan bacaan juga amat dialu alukan berbuat demikian.

Menurut beliau lagi , hadiah dan penghargaan akan turut ditingkatkan ke 3 kali penilaian sepanjang tahun dan akan membolehkan lebih ramai pelajar terlibat.Berdasarkan prestasi pada tahun lepas , terdapat pelajar yang mempoleh anugerah Emas atas pencapaian sepanjang tahun.Menurut beliau anugerah nilam diberikan berdasarkan pencapaian berikut.

TAHAP JAUHARI

Jumlah Bacaan Pengiktirafan

90 - 179 Gangsa

180-269 Perak

270-359 Emas

360 - Keatas Nilam

Beliau menyeru agar ibu bapa dapat memberi sokongan berterusan dirumah bagi membantu meyemai minat membaca dalam kalangan anak.Semoga program yang dirancang akan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian akal dan akhlak dan seterusnya menjana minda bestari yang dihajatkan.

 

 

Hubungi Kami

SEKOLAH REN & MEN IBN KHALDUN

LOT 4012 LORONG HAJI SAID

JALAN KEBUN, SEKSYEN 30

40460 SHAH ALAM SELANGOR D.E

Tel: 03-5161 6903 ( R ) 03-51623972 (M)

Email : sekibnkhaldun@yahoo.com (R)

Email: smibnkhaldun@yahoo.com (M)

Visitor

Today52
Yesterday175
This week52
This month4057
Total69302

Monday, 29 May 2017 05:37